LIVERPOOL 1-1 TOTTENHAM
Liverpool terlepas peluang untuk kembali berada dalam kelompok empat teratas dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas sekadar seri 1-1 berdepan Tottenham di Anfield, awal pagi tadi.
Advertisement
Anak buah Arne Slot mendahului terlebih dahulu selepas sepakan percuma yang diambil Dominik Szoboszlai menewaskan Guglielmo Vicario pada minit ke-18 untuk mendahului dalam babak pertama.
Begitupun, ketika The Reds hampir pasti meraih tiga mata di laman sendiri, rembatan Richarlison pada penghujung permainan memastikan Tottenham berpuas hati dengan satu mata sekali gus mengikat kedudukan 1-1 hingga wisel penamat dibunyikan.
Highlights: Liverpool 1-1 Spurs 📺 pic.twitter.com/QhKSSI5xzz
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) March 15, 2026
"Satu kekecewaan yang besar. Sekali lagi (bolos) pada saat akhir, saya tidak tahu berapa kali ia berlaku musim ini, kami perlu bangkit." ujar Szoboszlai.
Untuk rekod, Tottenham kini melakar 12 aksi liga tanpa kemenangan dan merupakan rekod terburuk sejak 1935. Malah, pengurusnya, Igor Tudor, masih belum memenangi lima perlawanan sejak mengambil alih daripada Thomas Frank.
Keputusan itu menyaksikan Liverpool kini menghuni ranking kelima dengan 49 mata selepas 30 perlawanan, manakal Tottenham di tangga ke-16 dengan mengumpul 30 mata.