Legenda bola sepak Itali, Paolo Maldini, dilaporkan meletakkan jawatan sebagai pengarah teknikal hanya selepas 16 hari dilantik selepas dilantik pada 11 Julai 2026 lalu.
Dia bersama penasihatnya iaitu bekas pemain bola sepak Brazil, Leonardo, mengundur diri meskipun sebelum ini menyertai rombakan secara besar-besaran dalam pengurusan bola sepak negara di ranking ke-15 dunia itu selepas gagal layak ke Piala Dunia dalam tiga edisi berturut-turut.
Sebelum ini, tugasan pertama Maldini bersama Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) adalah bagi membantu mengenal pasti pengganti Gennaro Gattuso, yang mengundurkan diri atas persetujuan bersama selepas juara dunia empat kali itu gagal melayakkan diri ke Piala Dunia FIFA 2026 susulan kekalahan dalam penentuan penalti kepada Bosnia dalam final play-off.
🚨🇮🇹 Paolo Maldini and Leonardo RESIGN from their roles as Italy Federation technical director and advisor.
Decision to leave the project just 10 days after joining due to president Malagò being against appointing Andrea Pirlo as new head coach for Italian national team.
The… pic.twitter.com/UYEtFJCjRw— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 27, 2026
Keputusan itu dilakukannya selepas bekas pemain Itali, Andrea Pirlo, berkongsikan dirinya bukan lagi calon untuk melatih skuad kebangsaan Itali susulan hubungan komersialnya dengan syarikat pertaruhan Rusia.