Skip to main content

Permotoran

Ketepikan cuti Tahun Baru Cina demi hasilkan jentera mantap

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sck-honda-racing.jpg

Menjelang sambutan Tahun Baru Cina, Nadi Arena meninjau persiapan perayaan dan gelagat atlet sukan Malaysia, antaranya pasukan Cub Prix SCK Honda Racing dan Yamaha Motul YY Pang. 

Tahun ini, masyarakat Tionghua menyambut tahun ayam berdasarkan kalendar Tahun Baru Cina.

Ia simbol yang membawa makna kemakmuran dan kekayaan dalam kepercayaan masyarakat Cina. 

Justeru, pemilik merangkap pengurus pasukan Yamaha Motul YY Pang, Pang Yok You, berharap agar tahun ini membawa tuah buat pasukannya yang bersaing dalam saingan Cub Prix.

"Tahun ini, kami mahu melakar pencapaian lebih baik berbanding musim lalu. Tambahan pula dengan pengenalan kategori baru, CP 150, susah untuk menduga siapa yang mampu muncul juara," ujarnya.

Sama seperti Yok You, pengurus pasukan SCK Honda Racing, Soong Chee Kieong, juga mahukan tuah ayam ini membawa sinar buat pasukannya untuk menjulang kejayaan dalam saingan Cub Prix, terutama dalam kategori CP 150.

"Saya mungkin tidak mengambil cuti Tahun Baru Cina tahun ini kerana masih ada banyak yang perlu dilakukan terhadap jentera terbaru.

"Saya rasa cuti ini pun saya akan berada di bengkel," ujar Chee Kiong.

Advertisement

Must Watch Video