Tonggak Buriram United, Guilherme Bissoli, menegaskan masih ada banyak tugas yang perlu dibereskan oleh Buriram United dalam merintis laluan ke final Kejuaraan Kelab-Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup.
Gergasi Thailand itu memegang kelebihan 3-1 selepas melakar kejayaan pertemuan pertama separuh akhir itu di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.
Advertisement
Biarpun mencetak nama selaku penjaring kepada dua gol, Bissoli mahu rentak itu diteruskan dalam aksi timbal balik di Bangkok, minggu depan.

"Bermain di sini sentiasa sukar. Kami menyerlah dan kami ingin menikmati keputusan pada malam ini, kami mahu bertambah bagus dalam aksi seterusnya.
"Kemenangan di tempat lawan ini sangat penting,. Kami telah melakukan tugas yang baik," katanya.
Penjaga gol JDT, Syihan Hazmi Mohamed, pula menganggap peluang barisan kendalian Xisco Munoz itu belum tertutup tatkala mereka berdepan tuntutan mengerah segala keringat bagi memadam kelebihan tuan rumah kelak.
"Ada satu perlawanan lagi, kami akan bangkit. Kami akan buat yang terbaik," katanya ringkas selepas perlawanan.
