Ketua jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, menyifatkan mentaliti tidak mudah menyerah kalah sebagai kunci kejayaan pasukannya mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26, malam tadi.
Lebih membanggakan, skuad Gergasi Merah berjaya mengekang asakan bertali arus BG Pathum United tatkala beraksi dengan 10 orang pemain sepanjang 65 minit perlawanan selepas tonggak import, Alvin Fortes dilayangkan kad merah susulan terjahan kerasnya ke atas pertahanan lawan, Kritsada Saman.
Advertisement
Pan-gon menjelaskan kemaraan ke separuh akhir adalah hasil kerja keras semua pihak terutamanya barisan pemain yang berjuang habis-habisan sepanjang 90 minit perlawanan.
Meskipun gembira dengan keputusan itu, Pan-gon mengingatkan anak buahnya untuk kekal fokus memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam usaha kekal konsisten mampamerkan corak permainan positif.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling jJaya (MBPJ) itu, The Red Giants terlebih dahulu di depan menerusi sentuhan penyudah kapten pasukan, faisal halim pada minit ke-36 sebelum pelawat menyamakan kedudukan hasil jaringan sendiri Richmond Ankrah pada minit ke-63.
Keputusan seri itu bagaimanapun sudah cukup untuk memastikan Selangor ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan A.
"Pemain menentukan untuk mara ke separuh akhir, kami pamerkan semangat juang dalam Selangor. Saya bangga dengan pemain mengatasi cabaran ini, ia sangat bermakna.
"Saya bangga dan penyokong yang hadir menyokong kami." katanya.