Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Afrika benua paling berjaya musim ini, Asia pula ramai-ramai keluar

FIFA

Tahukah anda? Sembilan daripada 10 pasukan dari benua Afrika mencipta sensasi mara ke pusingan 32 Piala Dunia 2026.

Ia menjadikan 90 peratus (%) benua Afrika paling berjaya dalam sejarah kejohanan musim ini. Tunisia muncul satu-satunya negara Afrika yang tidak berjaya mengikuti jejak langkah yang lain.

Ia, sekali gus menyaksikan kadar kelayakan Afrika terus memecahkan rekod dan meletakkan benua itu pada satu tahap terbaru yang berpotensi untuk mencipta satu lagi kejutan.

Setakat penganjuran kejohanan bola sepak paling berprestij itu, belum ada lagi wakil Afrika yang merangkul kejuaraan. Umum mengetahui bahawa Eropah dan Amerika kekal mendominasi selaku kuasa besar bola sepak dunia hingga kini.

❌7/9 AFC TEAMS SUFFER HUGE WORLD CUP EXIT

Only Japan and Australia remain in the FIFA World Cup 2026, while 7 of the 9 AFC representatives have been eliminated in the group stage. 💔#ASEANFootball #FIFAWorldCup2026 pic.twitter.com/f2sjOdb1VL

— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) June 28, 2026

Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), Maghribi, merupakan pasukan sulung dari Afrika yang mara sejauh peringkat separuh akhir pada edisi 2022.

Empat pasukan mara peringkat kalah mati menerusi naib juara kumpulan iaitu Mesir, Ivory Coast, Maghribi, Afrika Selatan dan Cape Verde. Sementara Senegal, Algeria, Congo dan Ghana layak selaku tempat ketiga terbaik.

Perdebatan hangat berlaku melibatkan benua Asia yang terus dipertikai tidak mampu bersaing di pentas tertinggi dunia.

Malah juara Piala Asia dua kali berturut-turut, Qatar, mengakhiri kedudukan di tempat terakhir Kumpulan B menerima hakikat sebenar berbeza taraf dan pengalaman.

Sebanyak tujuh negara Asia termasuk Iran, Iraq, Jordan, Arab Saudi, Korea Selatan, Uzbekistan dan Qatar mengucapkan selamat tinggal, sekali gus membuatkan peminat mempersoal kualiti sebenar benua itu. Meskipun nasib tidak menyebelahi, namun prestasi wajar diberikan perhatian. 

Hanya pasukan di ranking ke-17 dunia, Jepun, dan Australia masih mempunyai peluang untuk mencipta sensasi. 
 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video