Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Al-Ahli kirim sejambak bunga, Ali Majrashi lawat Jairo

Ahli

Juara bertahan, Al-Ahli, sempat mengirimkan sejambak bunga buat pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Jairo Da Silva, sebagai tanda semoga cepat sembuh buat tonggak tersebut selepas mengalami kecederaan serius di bahagian muka dan kepala baru-baru ini.

Dalam masa sama, Ali Majrashi yang dikenakan kad merah susulan sepakan akrobatik ke atas Jairo turut mengambil kesempatan melawat bintang Harimau Selatan itu sebagai tanda semangat kesukanan dan bertanya mengenai kondisi terkini.

Advertisement

Pemain kelahiran Brazil itu kelihatan pulih usai dibenarkan keluar dari hospital susulan beberapa jahitan dan proses rawatan berlangsung.

Al-Ahli selaku tuan rumah menumbangkan skuad kendalian Xisco Munoz 2-1 dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) meskipun beraksi 10 pemain ekoran layangan kad merah, sekali gus mara ke separuh akhir dan menyingkirkan JDT. 

Must Watch Video