Skip to main content

Permotoran

ARRC: Hafizh Syahrin pamer kebangkitan paling gila pastikan JDT takluki Buriram

Hafizh Syahrin

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, mempamerkan kebangkitan paling gila ketika menakluki perlumbaan pertama pusingan kedua ASB1000, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand sebentar tadi.

Bermula di petak kelima, bekas pelumba Yamaha Tech3 dalam kejuaraan dunia itu mengambil penalti long lap dalam lap ketiga sehingga jatuh ke tangga keenam tetapi selepas itu dia menunjukkan betapa jenteranya lebih berkuasa berbanding pelumba lain.

Advertisement

Sedikit demi sedikit, dia mula mengejar kelompok depan yang dikuasai Zaqhwan Zaidi, Azroy Hakeem Anuar dan Keito Abe.

Hafizh Syahrin kemudian memintas Zaqhwan berbaki enam lap terakhir untuk mula memimpin perlumbaan dan seterusnya begelar pemenang dengan kelebihan 2.626 saat di depan pencabar lain.

Azroy Hakeem mememangi tempat kedua di depan Keito Abe.

 

Must Watch Video