Skip to main content

Badminton

Astro Kem Badminton: Empat lokasi terpilih kenal pasti bakat terbaik

AKB

Astro Kem Badminton (AKB) 2026 kembali dengan penganjuran di empat buah lokasi seluruh Malaysia membabitkan Pulau Pinang, Johor, Sarawak dan Lembah Klang.

Majlis pelancaran edisi kali ini dirasmikan di SJK(C) Yuk Chai, Petaling Jaya dengan penyertaan seramai 400 pelajar.

Advertisement

AKB 2026 akan terus mengenal pasti dan mencungkil bakat pelapis dari 10 hingga 12 tahun, dengan setiap peserta dibentuk untuk menjadi atlet yang bukan sahaja hebat di gelanggang, malah turut meliputi aspek pembinaan sahsiah diri.

Pemain terbaik dari keempat-empat lokasi itu akan terpilih untuk menyertai kem pemilihan di Kuala Lumpur, di mana mereka akan mengikuti kem berasrama selama lima hari.

AKB tahun ini turut akan meneruskan tradisi seperti tahun lalu, di mana peserta terbaik dari kem pemilihan di Kuala Lumpur berpeluang menyertai kem latihan serantau yang akan diadakan di luar negara.

Pengarah Komunikasi & Kelestarian Astro, Foo Su Lynn, berkata kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi: "Kami bersyukur dan berbesar hati dapat bekerjasama dengan KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) kerana KPM mengiktiraf AKB sebagai sebahagian daripada kokurikulum.

"Ia bermakna kami boleh berhubung terus dengan sekolah dan dapat melebarkan lagi jangkauan kami kepada seberapa banyak pelajar yang mungkin.

"Jurulatih juga memainkan peranan yang sangat penting kerana mereka datang ke sini bukan hanya untuk menaikkan kualiti latihan, mereka juga dapat mengenal pasti seberapa banyak bakat yang mungkin."

 

Must Watch Video