Saingan Indonesia Track Cup membuka tirainya pada Khamis menyaksikan perjuangan pelumba negara seperti Shah Firdaus Sahrom, Fadhil Zonis dan Aliana Azizan dalam usaha mencari rentak terbaik mereka.
Kontinjen negara sedikit terkesan apabila jadual kejohanan yang sepatutnya berlangsung lebih awal telah dipinda ke tarikh baharu.
Advertisement
Perubahan itu diakui memberi sedikit gangguan terhadap perancangan pasukan.
Ketua jurulatih berbasikal trek kebangsaan, Harnizam Basri, menjelaskan bahawa walaupun berlaku perubahan jadual, fokus pasukan tetap tidak terjejas dan mereka perlu terus memberikan yang terbaik di gelanggang.
Menurut Harnizam, misi utama penyertaan dalam perlumbaan bertaraf kelas dua ini adalah untuk mengumpul mata Union Cycliste Internationale (UCI) sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2026 yang dijadual berlangsung di Shanghai.