Jaguh baling tukul besi negara, Sadat Marzuqi, dalam perbincangan bersama jurulatihnya untuk menerima pendedahan ke Algeria sebagai peluang mempertingkatkan prestasinya ketika ini.
Sadat menyasarkan balingan melebih 65 meter tahun ini menerusi Sukan Universiti Asia (AUG) di Kuala Lumpur dari 10 hingga 20 Disember.
Advertisement
Sadat menunjukkan perkembangan positif apabila melakar balingan sekitar 61 dan 62 meter dalam sesi latihannya ketika ini.
Malah, dia menaruh keyakinan yang tinggi kepada Olahraga Malaysia (MA) dengan struktur baharu jurulatih yang dimasukkan bagi menambah sengat kem olahraga negara.
"Saya perlukan pendedahan di luar negara denan sasaran ke Algeria dan jurulatihnya kami kenali.
"Saya baru habis program fasa pengkodinasian, saya mahu memecahkan rekod kebangsaan menerusi AUG pada penghujung tahun ini," katanya yang mengutip pingat perak dalam Sukan SEA Thailand.