Skip to main content

Bola Jaring

Awas, penangan Nassanga Shadia dalam CelcomDigi NSL 2026

Nassanga

Umum mengetahui bagaimana seorang import yang bernama Nassanga Shadia yang boleh dikira sebagai ‘OG’ dalam saingan Netball Super League di Malaysia kerana dia muncul antara pemain import terawal yang bersama pasukan KL Wildcats menyaksikan bagaimana dia cukup dikenali dan keberkesanannya membuahkan hasil positif di atas gelanggang.

Buktinya situasi di mana dia memacu KL Wildcats pada musim lalu apabila semua sudah beranggapan Putrajaya Dynamites muncul Juara – jaringan minit akhir, dengan perbezaan satu mata sahaja menterbalikkan situasi membuka mata ramai peminat sukan bola jaring yang Nassanga wajar diangkat selaku permata pasukan tersebut.

Advertisement

Untuk rekod, aksi sepanjang musim baru bersama Wildcats – Nassanga Berjaya membuat 224 jaringan, dengan 57 peratus shooting accuracy, 83 goal assists dan 79 centre pass received selepas 7 perlawanan.

Bagaimanapun, Wildcats yang dibimbing jurulatih baharu mereka Husna Husin Ali, diuji dengan cabaran berbeza musim ini, perjalanan naik turun mereka menyaksikan mereka tetap gagah melangkah ke pusingan separuh akhir dengan kombinasi pemain berpengalaman seperti Yap Suo Kuen, Aminah Ahmad dan Rozliana Ridwan serta pemain-pemain muda mereka.

Wildcats mengharungi pusingan round robin dengan meraih empat kemenangan sementara tiga kekalahan iaitu kepada Terengganu Marvels, Kedah Sunshine serta Johor Jewels.

Sekali lagi bertemu Johor Jewels, banyak kerja rumah yang perlu dilakukan Wildcats, meskipun pertemuan pertama menyaksikan mereka memberi tantangan cukup sengit dalam separuh masa pertama. Apakah kita bakal menyaksikan magis Nassanga, di separuh akhir saingan ini? Jom ramai ramai datang ke Stadium Juara, Bukit Kiara atau sasksikan secara langsung di Astro Arena.

Must Watch Video