Skuad berpasukan wanita negara tumpas 0-3 kepada China dalam perlawanan pertama Kumpulan W Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Qingdao sebentar tadi.
Aksi dimulakan dengan perseorangan wanita kebangsaan, K. Letshanaa, hampir memerangkap pihak lawan pada set pertama, namun terpaksa akur 18-21. Memasuki set kedua, Letshanaa mencari ruang untuk mengutip mata tetapi sekali lagi digagalkan Han Qian Xi untuk tuan rumah mendahului mata 1-0.
Advertisement
Ong Xin Yee-Carmen Ting yang menjadi taruhan beregu wanita Malaysia turut kecundang di tangan ranking keempat dunia, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian, dengan kekalahan straight set 10-21, 8-21.
Memasuki perlawanan ketiga aksi berkumpulan itu, Wong Ling Ching, turun menentang Xu Wen Jing buat kali pertama dalam sejarah pertemuan juga tidak berjaya mendapatkan mata sulung buat negara.
Bagaimanapun, Malaysia tetap mara ke suku akhir berikutan diundi dalam kumpulan yang memiliki dua pasukan sahaja. Ini bermaksud, Malaysia dan China kedua-duanya mara ke peringkat seterusnya.