Skip to main content

Badminton

BAC: Pasangan suami isteri elak tekanan berlebihan

BAC

Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, menanam hasrat melangkah ke peringkat separuh akhir Kejuaraan Badminton Asia (BAC) yang bakal bermula esok.

Selepas terkandas di peringkat suku akhir tahun lalu, pasangan suami isteri itu menyifatkan mereka lebih sedia daripada segi fizikal dan mental, dengan memberi tumpuan khusus kepada aspek pemulihan serta kondisi badan.

Advertisement

"Persiapan kami sangat baik. Tiada kecederaan dan jurulatih banyak membantu kami.

"Tanpa memikirkan banyak tekanan, kami mahu buat yang terbaik," kata Shevon.

"Kami akan ambil satu perlawanan secara berperingkat," kata Soon Huat.

Dalam masa sama, pengurusan latihan yang lebih sistematik menjadi kunci utama, di mana fokus kepada  kecederaan penting untuk kekal konsisten di tahap tertinggi.

Must Watch Video