Skip to main content

Bola Sepak

Bekas jurulatih harap KL City lunas tunggakan gaji

almeida

Bekas jurulatih penjaga gol Kuala Lumpur City, Guilherme Almeida, mengakui masih berharap dan menanti pihak pengurusan kelab itu melunaskan tunggakan gajinya, yang dianggarkan bernilai hampir RM100,000.

Ujar jurulatih kelahiran Brazil itu, dia sudah memberikan khidmat terbaik sepanjang bersama kelab berkenaan tetapi terpaksa menelan hakikat pahit berdepan isu tunggakan gaji.

Advertisement

Untuk rekod, Almeida muncul sebahagian daripada watak penting KL City dari 2018 hingga 2024, di mana mereka muncul juara Piala Malaysia pada 2021 dan naib juara Piala AFC pada 2022.

Isu gaji kemudian mendorongnya meninggalkan pasukan yang berpengkalan di Cheras itu untuk menyertai kelab Vietnam, Viettel FC, sehingga kini.

"Sudah hampir dua tahun meninggalkan KL, saya masih menunggu pembayarannya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Saya sudah berjumpa dan bercakap dengan mereka tetapi sehingga kini mereka belum menyelesaikannya. saya sudah menunggu hampir tujuh bulan.

"Jika mengambil kira tiket penerbangan dan elaun, jumlahnya melebihi RM100,000.

"Saya hanya mahu membantu mereka sebelum ini kerana saya sayangkan Malaysia, saya sayangkan penyokong KL, saya sayangkan kelab itu.

"Saya tidak mahu memburukkan keadaan kerana ia pasti tidak bagus untuk mereka. Saya mengenali ramai yang bekerja di sana, jadi saya tidak mahu memburukkannya agar mereka boleh menyelesaikannya.

"Perkara terakhir yang mahu saya lakukan adalah melaporkanya kepada FIFA."

Nadi Arena turut berusaha mendapatkan maklum balas daripada pihak KL City tetapi pengurusan kelab itu belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan buat masa ini.

 

Must Watch Video