Skip to main content

Angkat Berat

Berlatih dalam bilik darjah di Kangar, dikalungkan pingat emas di Glasgow!

udin

Dari Kangar ke Glasgow! Siapa sangka, hanya bermula di sebuah bilik darjah di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin (SEMSIRA), yang dijadikan pusat latihan kem angkat berat negeri Perlis, lahirnya seorang badang negara, Muhammad Hafizuddin Roslin, yang menuai pingat emas buat negara dalam Sukan Komanwel Glasgow 2026 baru-baru ini.

Lebih manis, pingat emas yang diraih atlet kelahiran Kampung Belukar, Abi itu turut disulam dengan kejayaannya memperbaharui rekod kebangsaan acara snatch miliknya dengan angkatan 162 kilogram selain melakar rekod baharu temasya bagi kategori lelaki  B-88 kilogram.

Jurulatih angkat berat Perlis, Mohd Hanie Musa, akui sukar untuk menggambarkannya dengan kata-kata tatkala menyaksikan anak didiknya berdiri gah di atas podium tertinggi selaku pemenang.

Ujarnya, meskipun berdepan dengan kekurangan peralatan latihan di SEMSIRA, ia bukan halangan untuk melahirkan seorang juara, yang bukan sahaja mengharumkan nama negeri, malah menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa.

"Pusat latihan ini sudah ditubuhkan hampir 10 tahun sejak 2016," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Pusat latihan kami memang begitu daif pada 2024, kami memang berlatih dalam bilik darjah dengan kelengkapan yang ringkas.

"Udin (Muhammad Hafizuddin) seorang yang rendah diri dan mendengar kata. Disiplinnya memang amat bagus.

"Saya katakan kepadanya bahawa saya mahu melihat dia berada dalam skuad kebangsaan dan dia membuktikannya bukan sekadar berada dalam skuad kebangsaan, bahkan dia membawa pingat emas angkat berat pertama buat negeri Perlis dalam Sukan Komanwel baru-baru ini."

Untuk rekod, kem angkat berat negara muncul watak penting kejayaan kontinjen Malaysia di Glasgow dengan sumbangan lima pingat emas, satu perak dan satu gangsa selain turut dianugerahkan Trofi Trafalgar sebagai pasukan angkat berat lelaki terbaik secara keseluruhan dalam temasya berkenaan.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video