Skip to main content

Badminton

Binaan replika Kaabah oleh Toh Ee Wei cetus perhatian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

TEW

Sentuhan Ramadan khas untuk umat Islam membawa kepada kegigihan pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei, membina replika kecil Kaabah bagi menzahirkan ucapan buat peminat badminton seluruh dunia khususnya buat Muslim.

Menerusi video berdurasi 0.11 saat (s) di TikTok rasminya itu menarik perhatian orang ramai seperti tidak disangka (random) bahawa juara dunia 2025 itu mengisi masa lapang dengan menyiapkan binaan tersebut.

Advertisement

Pemain di ranking keempat dunia bersama gandingannya, Chen Tang Jie, itu sempat mengungkan ucapan buat semua yang menyambut bulan mulia ini.

@toheewei

Selamat Menyambut Ramadan dan Semoga murah rezeki. 🀲🏻

♬ original sound - TOH EE WEI πŸ‰πŸ‰πŸ‰

"Selamat menyambut Ramadan dan semoga murah rezeki," katanya.

Ee Wei sebelum ini pulang sebentar ke kampung halaman bagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina, sebelum kembali berlatih menghadapi jelajah Eropah. 

Must Watch Video