Skip to main content

Bola Sepak

Bintang muda Arsenal antara dua pemain warisan baru Indonesia

arsenal

Indonesia dilaporkan bakal mendapatkan dua khidmat pemain naturalisasi baru iaitu Demiane Agustien dan Luke Vickery.

Antara yang mencuri tumpuan adalah Agustien yang ketika ini beraksi buat skuad muda Arsenal dan masih berusia 17 tahun.

Advertisement

Pemain yang beraksi di posisi sayap itu difahamkan mempunyai keturunan Indonesia namun lahir di Belanda dengan latar belakang keluarganya difahamkan mempunyai susur galur keturunan Indonesia daripada neneknya yang berasal dari Jakarta.

 

 

 

 

Sementara itu, seorang lagi pemain adalah Luke Vickery yang Ketika ini beraksi di Liga Utama Australia, Macarthur.

Untuk rekod, Indonesia mara ke pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia, namun terpaksa akur terkandas di peringkat kumpulan.

 

 

 

 

Must Watch Video