Skip to main content

Bola Sepak

Bojan Hodak hormati keputusan anak

Bojan

"Saya lebih suka jika dia pilih menjadi doktor atau juruterbang sebagai kerjaya.

Buat pertama kalinya bekas jurulatih bawah 19 tahun (B-19) negara, Bojan Hodak, melontarkan pandangan dengan menggunakan kapasiti sebagai seorang bapa, apabila bercakap tentang masa depan anaknya yang menjadi tonggak muda warisan Malaysia-Croatia, Luka Jordy Hodak.

Hodak menegaskan dengan menjadikan bola sepak sebagai kerjaya bukan semudah yang di sangka.

Namun bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) itu akur dengan pilihan anaknya yang bakal melanjutkan pelajaran dalam jurusan sains sukan di sebuah universiti di Sepanyol.

"Sudah tentu ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya berdasarkan pilihan yang ada tentang gaji yang lebih bagus.

"Bola sepak sangat sukar tetapi saya menghormati dia," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Selepas membuat penampilan sulung bersama skuad B-19 di bawah kendalian Nafuzi Zain, Hodak melihat ia sebagai permulaan yang positif selain turut menegaskan tiada jalan pintas sekiranya anaknya berhasrat untuk menyarung jersi utama negara suatu hari nanti.

Juara Piala Malaysia 2021 bersama Kuala Lumpur (KL) City itu juga tidak pasti apa rencana seterusnya untuk skuad B-20 negara selepas Nafuzi tidak lagi bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan memilih untuk kembali menerajui Terengganu musim hadapan.

"Saya ada berhubung dengan dia tentang Luka.

"Saya tidak tahu siapa yang akan mengisi kekosongan itu. Perlukan seseorang yang sangat pakar tentang pemain muda," tambahnya. 
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video