Skip to main content

Bola Sepak

Presiden FAM bawah 70 tahun, ini kata bekas penolong Setiausaha Agung FAM

FAM

Syarat lima tahun pengalaman dalam dunia bola sepak bakal memberi dimensi baharu untuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghadirkan pemimpin di peringkat jawatankuasa eksekutif yang benar-benar celik bola sepak.

Tidak lagi boleh melibatkan nama-nama yang sekadar tangkap muat, kriteria itu sebenarnya mampu mengubah kredibiliti FAM walaupun ia terpaksa mengambil masa untuk melihat hasilnya.

"Ini akan memastikan segala keputusan dibuat bersama exco berdasarkan pengalaman bola sepak betul.

"Tiada main logik kedai kopi," kata bekas penolong Setiausaha Agung FAM, Rosli Hussein, di kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Ada yang beranggapan syarat itu sebenarnya untuk menafikan kehadiran muka baharu yang dilihat mampu menerajui bola sepak, selepas beberapa nama disebut-sebut mampu menggalas tanggungjawab di kerusi Presiden FAM seperti mantan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, serta Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin yang jelas sekali gagal memenuhi syarat lima tahun pengalaman.

Namun, ia tidak menafikan keperluan untuk mengubah muka lama apatah lagi hakikat yang perlu diterima -- masih ada calon yang memenuhi syarat utama dan layak untuk menerima mandat selaku Presiden FAM yang baru selepas ini.

"Ramai orang yang terlibat dalam bola sepak mempunyai ilmu pengurusan.

"Kita tak boleh kembali ke budaya lama atau ambil orang lama.

"Kita perlukan pembaharuan dan kesegaran dalam FAM.

"Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) juga mencadangkan individu itu harus berumur bawah 70 tahun.

"Beri peluang kepada orang muda. Kita perlukan pendekatan baharu yang memahami pemain, pasukan dan sebagainya," tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Must Watch Video