Derita bola sepak Itali. Titik terendah buat semua peminat.
Rantaian bola sepak Itali semakin membimbangkan apabila berdepan kejatuhan paling besar dalm tempoh 40 tahun selepas gagal bersinar dalam kancah Eropah, sekali gus memberi kesan kepada pasukan kebangsaan.
Advertisement
Buat pertama kali sejak musim 1986/87, tiada wakil Itali berjaya mara ke separuh akhir mana-mana kejohanan di bawah Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).
π¨π£ πππππππππ: Italy are preparing a complete football RESET after failing to reach three consecutive World Cups while having no Italian clubs left in any European competition.
Structural changes across clubs, coaching, and the national team expected with moreβ¦ pic.twitter.com/gFexbDSfC1β The Touchline | π (@TouchlineX) April 19, 2026
Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Liga Europa (UEL) dan Liga Persidangan Europa (UECL).
Malah, persaingan kelab dari Serie A turut kelihatan sukar dan tidak mencerminkan status selaku antara liga paling terbaik dunia.
Lebih memalukan, skuad negara Itali sekali lagi tidak berjaya layak ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut menghampakan harapan seluruh peminat untuk kembali ke pentas paling berprestij itu.