Skip to main content

Boling Padang

Boling Padang Jemputan 7 Negara: Bekas ketua jurulatih kebangsaan keluar persaraan sertai kem India

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

boling padang

Kira-kira sebulan selepas mengumumkan persaraan pada 17 Januari lalu, kehadiran bekas ketua jurulatih negara, Zuraidi Puteh di Stadium Juara, Bukit Kiara turut mencuri tumpuan hari ketiga Kejohanan Boling Padang Jemputan 7 Negara.

Selepas menabur bakti selama hampir 17 tahun dalam kancah negara, Zuraidi kembali daripada persaraan apabila kini bersama skuad India selaku penasihat kejurulatihan.

Advertisement

Selain mengakui pelbagai faktor perlu diambil kira terlebih dahulu sebelum membuat keputusan secara rasmi pada semalam, dia turut memuji semangat pasukan India untuk mendapatkan lebih pendedahan di peringkat antarabangsa agar mutu permainan berkembang termasuk membiayai sendiri segala kos menyertai kejohanan ini.

"Ada beberapa perkara yang perlu saya tekankan dan masih banyak yang perlu diperbaiki.

"Mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan, sekali gus menyuntik semangat mereka," katanya.

Selepas tamat hari ketiga kejohanan, pemenang emas Sukan Komanwel Birmingham 2022, Nayanmoni Saikia, menjadi wakil tunggal India untuk meneruskan cabaran dalam separuh akhir.

"Saya cuba berikan yang terbaik.

"Kami telah berikan aksi terbaik untuk mewakili India.

"Saya berharap generasi India yang seterusnya layak ke Sukan Olimpik," katanya pula.

 

Must Watch Video