Terengganu Marvels mengekalkan rekod tanpa kalah ketika mengesahkan kemaraan ke final CelcomDigi Netball Super League (NSL) 2026 dengan menewaskan Kedah Sunshine di Stadium Juara, Bukit Kiara sebentar tadi.
Sunshine memberikan tentangan sengit dalam suku pertama dengan kedua-dua pasukan sering dibezakan dengan hanya satu mata sebelum terikat 13-13.
Advertisement
Dalam suku kedua, Marvels mula mempamerkan penguasaan, terutama dalam tempoh super shot, untuk mendahului 28-23.
Penguasaan itu dilebarkan Marvels dalam suku ketiga dengan Siti Maisarah Affandi menjadi penyumbang mata utama untuk berkelebihan 46-35 menuju suku terakhir.
Marvels mengesahkan kemaraan ke final dengan kemenangan 60-46, sekali gus mengekalkan rekod bersih sepanjang lapan perlawanan setakat ini.