Penang melangkah ke separuh akhir MFL Challange Cup apabila menewaskan Kelantan Red Warrior (KRW) 1-0 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Bandaraya sebentar tadi.
Dalam penentuan itu, gol tunggal Douglas Coutinho pada lewat permainan sudah cukup untuk menjamin kelayakan Harimau Kumbang.
Advertisement
Selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Kota Bharu minggu lalu, tiada jaringan dapat memisahkan kedua-dua pasukan itu sehinggalah pemain gantian, Coutinho, berhasil menanduk masuk gol kemenangan Penang pada minit ke-81 setelah menerima lintangan gemilang daripada satu situasi sepakan sudut.
Dengan kemenangan itu, Penang akan menantikan pemenang di antara Imigresen dan Kelantan The Real Warriors (TRW) bagi penentuan ke final.