Sabah memastikan mereka melangkah ke final Challenge Cup susulan kemenangan 1-0 ke atas Perak FA, sebentar tadi.
Selepas aksi pertama berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan, aksi kedua yang berlangsung di Likas menyaksikan gol tunggal perlawanan yang disempurnakan oleh Gabriel Peres pada minit ke-23 cukup untuk memastikan tiket Sabah ke pentas final.
Advertisement
Lawan mereka di final nanti, Penang yang turun beraksi dalam satu lagi aksi separuh akhir bertemu Kelantan TRW, sudah selangkah ke pentas akhir apabila merekodkan kemenangan 5-2 dalam aksi pertama sebelum melakar kemenangan 1-0 dalam aksi kedua.