Skip to main content

Bola Sepak

Cristiano Ronaldo, Georgina dijangka bernikah hujung minggu depan di Madeira

Cristiano Ronaldo, Georgina dijangka bernikah hujung minggu depan di Madeira

Spekulasi mengenai hubungan Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodríguez kembali hangat apabila pasangan itu dilaporkan bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu depan di Madeira, Portugal.

Menurut laporan Daily Mail, yang tular di media antarabangsa, majlis itu dijangka berlangsung di Madeira, pulau yang menjadi tempat kelahiran dan lokasi Cristiano Ronaldo dibesarkan sebelum mencipta nama sebagai antara pemain bola sepak terhebat dunia.

Sekiranya laporan itu benar, ia bakal menamatkan penantian panjang peminat yang selama ini tertanya-tanya bilakah pasangan berkenaan akan mengikat tali perkahwinan selepas menjalin hubungan selama beberapa tahun dan dikurniakan cahaya mata.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada Ronaldo mahupun Georgina mengenai tarikh atau lokasi majlis tersebut.

Pasangan itu sebelum ini sering menjadi perhatian peminat menerusi perkongsian kehidupan keluarga mereka di media sosial dan dalam siri dokumentari Georgina, sekali gus menjadikan sebarang perkembangan mengenai hubungan mereka pantas menjadi tular.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video