Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Dari mata turun ke hati, pakaian Sukan Olimpik Musim Sejuk Mongolia bukan rekaan biasa-biasa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jhgh

Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan Cortina 2026 mencuri perhatian ramai selepas imej baju kontijen negara Mongolia tular di media sosial.

Bukan sekadar pakaian seragam biasa, sebaliknya menampilkan identiti budaya Mongolia yang kuat melalui gabungan elemen tradisional dan sentuhan moden.

Advertisement

Pakaian ini direka oleh Goyol Cashmere, sebuah jenama fesyen premium dari Mongolia yang terkenal dengan penggunaan kain cashmere berkualiti tinggi.

Rekaan pakaian tersebut diinspirasikan daripada “deel”, pakaian tradisional masyarakat Mongol sejak zaman Empayar Mongol sekitar abad ke-13.

Potongan, corak dan warna dipilih bagi melambangkan kekuatan, ketahanan dan semangat nomad rakyat Mongolia yang hidup dalam cuaca ekstrem.

Selain aspek estetik, pemilihan bahan cashmere Mongolia turut membawa mesej simbolik. Cashmere merupakan antara sumber semula jadi paling bernilai negara itu dan sinonim dengan kehidupan di kawasan sejuk.

Melalui pakaian Olimpik ini, Mongolia ingin memperkenalkan keindahan bahan tempatan mereka kepada dunia, sambil mengekalkan keselesaan dan fungsi praktikal untuk atlet dan delegasi.

Ia membuktikan bahawa sukan dan fesyen boleh digabungkan untuk menyampaikan identiti nasional, sekali gus menjadikan penampilan Mongolia antara yang paling diingati dalam temasya Olimpik akan datang.
 

Must Watch Video