Skip to main content

Bola Sepak

Destiny FDC: 'Tahun-tahun akan datang Malaysia akan ada pemain beraksi bersama Bayern Munich'

FDC

Kem latihan Destiny FDC di Jerman bukan sekadar memberi peluang kepada pemain muda mengasah kemahiran atas padang, malah membina mentaliti yang lebih berdaya saing untuk bergelar 'Malaysian Abroad’.

Selepas berpeluang menjejakkan kaki ke Arena Mewa Mainz, rombongan pemain-pemain berbakat itu bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, melawat ke Allianz Arena pula, gelanggang ikonik gergasi Bundesliga, Bayern Munich, untuk pengalaman yang disifatkan sebagai sekali seumur hidup

"Ini sangat mengagumkan.

"Ini adalah antara sebuah kelab terbesar di Eropah dan dunia.

"Ia peluang sekali seumur hidup. Bukan hanya melawat stadium, malah mengetahui apa peranan venue itu.

"Mereka juga dapat mempelajari bagaimana Bayern Munich ditubuhkan, bagaimana kelab meneruskan operasi bukan sahaja tentang bola sepak, tetapi berkenaan ekonomi juga.

"Ini adalah peluang untuk merasai proses menjadi pemain bola sepak profesional di peringkat tertinggi.

"Saya sangat yakin, jika kita bekerja keras dan membuka banyak peluang -- tahun-tahun akan datang tidak mustahil Malaysia mempunyai pemain beraksi bersama Bayern Munich," Pengasas Destiny FDC, Aylwin Henry Skelchy. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Must Watch Video