Skip to main content

Bola Sepak

Dia potong rambut atau tidak, itu tidak penting -- Bruno Fernandes

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

Bruno Fernandes

Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, berkata cabaran potong rambut daripada seorang penyokong tegar kelab itu tidak relevan baginya.

United menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 di Old Trafford hujung minggu lalu, sekali gus menyaksikan pengurus interim, Michael Carrick, kini mendaftarkan empat perlawanan berturut-turut sejak mengambil alih tanggungjawab itu.

Advertisement

Kemenangan terbaru itu bukan sahaja melonjakkan peluang The Red Devils untuk ke pentas Eropah musim depan, malah ia juga bermakna peminat setia itu mungkin akhirnya berpeluang memotong rambutnya selepas perlawanan menentang West Ham awal pagi esok.

Pada 5 Oktober 2024, susulan prestasi buruk yang berpanjangan, Frank Ilett, yang merupakan penyokong tegar United, berikrar di media sosial bahawa dia tidak akan memotong rambutnya selagi pasukan itu tidak menang lima perlawanan berturut-turut.

Menggunakan nama akaun @theunitedstrand, dia telah mengumpul lebih 1.2 juta pengikut di Instagram setakat 9 Februari 2026.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai cabaran itu, Fernandes berkata: "Saya tidak begitu mempedulikan tentang orang lain, sama ada mereka perlu pergi ke kedai gunting rambut atau tidak.

"Itu tidak penting."

 

Must Watch Video