Skip to main content

Badminton

Drama badminton China bergolak, BWF tunggu laporan penuh

China

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menunggu laporan penuh mengenai Presiden Persatuan Badminton China (CBA), Zhang Jun, yang sedang disiasat oleh pihak bertanggungjawab berikutan dakwaan pelanggaran disiplin dan undang-undang yang serius negara itu.

Menurut laporan media tempatan negara itu, pemenang pingat emas Sukan Olimpik dua kali berturut-turut tersebut sedang menjalani semakan disiplin oleh Badan anti-rasuah.

Advertisement

Zhang Jun merupakan Ahli Majlis BWF dan merupakan ahli beberapa jawatankuasa pentadbir.

"Kami sedar tentang perkara itu tetapi kami tidak mengetahui apa-apa lagi," kata setiausaha agung BWF, Thomas Lund.

"Kami telah cuba mendapatkan lebih banyak maklumat tetapi tiada informasi tepat tersedia.

"Kami hanya memantau sehingga kami mendapat lebih banyak maklumat tentang apa yang akan berlaku."

"Tiada sebarang komunikasi antara kami dan dia setakat ini.

Zhang kekal sebagai ahli majlis sehingga diberitahu kelak.

Zhang Jun menyertai kakitangan kejurulatihan pasukan kebangsaan selepas bersara pada tahun 2007, sebelum menjadi presiden CBA pada tahun 2019.

Pada Ogos 2023, Zhang dipilih semula sebagai presiden semasa mesyuarat agung ketujuh persatuan itu.

Khabar angin telah tersebar apabila Zhang tidak kelihatan baru-baru ini.

Zhang terlepas perlawanan permulaan pasukan kebangsaan lelaki dan wanita China yang bertanding dalam Piala Thomas & Uber di Denmark Jumaat lalu.

Menurut berita baru-baru ini oleh sebuah akhbar Cina, beberapa orang dalaman mendedahkan bahawa siasatan itu terutamanya berkaitan dengan perkara semasa tempoh perkhidmatannya di CBA, bersama-sama dengan kerjanya di wilayah Jiangsu.

 

Must Watch Video