Antara lambat pengesahan dan penyerahan minit akhir.
Bekas bintang Chelsea, N'Golo Kante, menarik nafas lega apabila perpindahannya daripada Al-Ittihad ke Fenerbahce akhirnya berjaya meskipun terpaksa menunggu pada waktu getir tatkala jendela ditutup.
Advertisement
Namun, ia hampir gagal ekoran didakwa mengalami masalah 'isu pentadbiran' pada semalam.
Gergasi Turkiye itu pada mulanya menyalahkan Al-Ittihad atas kesilapan pentadbiran dalam Transfer Matching System (TMS) Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang menyebabkan terlepas perjanjian dengan pendaftaran akhir di peringkat Arab Saudi.
Bazı hikayeler zaman alır, ama yarım kalmaz.
Fenerbahçemize hoş geldin N'Golo Kante. pic.twitter.com/Yd8t0lldUd— Fenerbahçe SK (@Fenerbahce) February 4, 2026
Apabila mengetahui langkah tersebut mengganggu proses itu, pemain kebangsaan Perancis itu membuat keputusan untuk memboikot latihan bersama Al-Ittihad.
Situasi itu menyebabkan jaguh Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) itu bersetuju untuk menamatkan kontrak Kante atau 'menjual baki tempoh' kontraknya kepada Fenerbahce. Dan ia semakin menarik selepas FIFA campur tangan urusan itu yang membenarkan pendaftaran diteruskan walaupun sudah melepasi tarikh akhir.
Sebagai ganti, Fenerbahce menawarkan penyerang Maghribi, Youssef En-Nesyri, ke Al-Ittihad sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.
Dan, tepat jam 7.30 pagi waktu tempatan, pemenang Piala Dunia 2018 itu diumumkan sebagai pemain baharu Fenerbahce dengan persetujuan bersama sehingga Jun 2028.