CHELSEA 1 LIVERPOOL 1
Sepakan percuma pemain tengah, Enzo Fernandez, memastikan Chelsea mengikat Liverpool 1-1 di Anfield sebentar tadi untuk menamatkan enam kekalahan berturut-turut mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Advertisement
Keputusan itu memberikan Calum MacFarlane mata pertama sebagai pengendali sementara The Blues, manakala Liverpool kekal di tangga keempat dalam carta dengan 59 mata daripada 36 perlawanan untuk menghampiri kelayakan Liga Juara-Juara (UCL), manakala pelawat di tangga kesembilan dengan 49 mata.
Liverpool mendahului dengan jaringan cantik Ryan Gravenberch dari tepi kotak penalti sebelum Chelsea memperkemaskan aksi mereka untuk mengimbangi kedudukan menerusi bola mati Fernandez.
Ofsaid menafikan kedudukan pasukan untuk menokok jaringan sambil percubaan Dominik Szoboszlai dan Virgil van Dijk terkena palang gol ketika Liverpool memburu gol kemenangan lewat permainan.