Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

EPL: Dua gol Danny Welbeck tumbangkan Liverpool

WELBECK

Dua jaringan Danny Welbeck memastikan tiga mata penuh buat Brighton selepas menewaskan Liverpool 2-1 dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2025/26 di Stadium Amex, malam tadi.

Skuad kendalian Arne Slot yang berada dalam misi memburu slot ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan terpaksa akur berada di kedudukan kelima ketika ini dengan mengumpul 49 mata selepas 31 perlawanan, namun peluang mara ke UCL masih terbuka dengan masih berbaki tujuh perlawanan lagi.

Advertisement

Pasukan tuan rumah tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan seawal minit ke-14 selepas tandukan bekas penyerang The Three Lions itu menghukum pertahanan The Red yang gagal mengeluarkan bola dengan kemas.

 

 

 

 

 

Begitupun, gol Milos Kerkez menutup kelebihan itu untuk terikat 1-1 sebelum kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan.

Namun, Welbeck sekali lagi meletakkan nama selaku penjaring dengan gol kemenangan buat Brighton pada minit ke-56 selepas menewaskan Giorgi Mamardashvili sekali lagi sekali gus menutup perlawanan dengan kemenangan 2-1 mengatasi Liverpool.

 

 

 

Must Watch Video