Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Manchester United pula 'main-main'

MU

Kelab di tangga ke-15 Liga Perdana Inggeris (EPL), Leeds United, selamba menundukkan Manchester United 2-1 di Old Trafford, awal pagi tadi.

Tahukah anda? Ini merupakan kali pertama Leeds United meraih kemenangan di Old Trafford sejak 1981.

Advertisement

Ini merupakan kekalahan kedua Michael Carrick selaku pengurus sementara dalam kancah liga sejak dilantik pada Januari lalu menggantikan Ruben Amorim.

Pelawat mudah berada di hadapan selepas Noah Okafor menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama, sekali gus menyaksikan taktikal tuan rumah kurang berkesan dan bergelut untuk mencipta peluang terbaik.

Memasuki babak kedua, cubaan bangkit daripada The Red Devils mula menggugat kedudukan Leeds United, namun masih belum mampu menghasilkan serangan berbahaya.

Lebih perit, Lisandro Martinez pula dilayangkan kad merah pada minit ke-56, sekali gus memaksa Man Utd bermain 10 orang dan semakin menyukarkan keadaan.

Gol sagu hati akhirnya muncul melalui Casemiro dan permainan kekal 1-2 sehingga wisel penamat.

Selepas ini, mereka akan bertemu Chelsea pada awal pagi Ahad ini. 

Must Watch Video