Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Selepas Manchester United, Aston Villa jadikan Chelsea mangsa terbaru

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

Ollie Watkins

Aston Villa meneruskan rentetan kemenangan berturut-turut apabila bangkit menewaskan Chelsea 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Selepas menewaskan Manchester United dengan keputusan sama minggu lalu, rekod kemenangan Villa seakan-akan bakal ditamatkan Chelsea apabila Joao Pedro membuka jaringan buat tuan rumah pada minit ke-27.

Advertisement

Bagaimanapun, percaturan bijak Unai Emery untuk memasukkan pemain kebangsaan England, Ollie Watkins, pada minit ke-58 membuahkan hasil apabila penyerang itu hanya memerlukan lima minit untuk menyamakan kedudukan sebelum menjaringkan gol kemenangan pelawat menuju ke penghujung permainan.

Ia merupakan kemenangan ke-11 berturut-turut buat Villa dalam kesemua pertandingan untuk kini menduduki tangga ketiga liga dengan 39 mata daripada 18 perlawanan dan hanya dibezakan tiga mata dengan pendahulu, Arsenal.

Mereka akan bertemu The Gunners di Stadium Emirates pada awal pagi Rabu ini.

Chelsea pula berada di tangga kelima dengan 29 mata.

 

Must Watch Video