Skip to main content

Sukan Lain

F1: Aston Martin pamer AMR26 yang berbeza

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aston

Selepas sekian lama menyepi, Aston Martin akhirnya kembali meneruskan kancah saingan perlumbaan paling elit di dunia, Formula 1 bagi musim 2026.

Penampilan Aston Martin kali ini mungkin bakal menampilkan beberapa kelainan selepas melalui fasa perubahan ketika suram dengan kemenangan dalam dua musim terakhir mereka.

Advertisement

Nyata bagi musim 2026 ini beberapa pasukan baharu yang lain turut mengambil bahagian termasuklah Cadillac dan Audi yang sudah pastinya bakal mempamerkan suasana yang lebih meriah buat peminat setia F1.

Bagi saingan musim 2026, Aston Martin menyatakan bahawa penampilan mereka kali ini akan menyajikan hasil kerjasama teknologi pembangunan yang dijalinkan dengan Honda bagi memberikan impak yang lebih maksimum.

Bagaimanapun penilaian sebenar terhadap jentera mereka hasil kerjasama tersebut bakal dipertontonkan sebaik Fernando Alonso dan Lance Stroll secara rasminya mengadakan ssi ujia pra musim pertama di Bahrain yang bakal bermula pada 11 hingga 13 Februari ini.

Manakala sesi kedua ujian pula akan diadakan di lokasi yang sama iaijtu pada 18 hingga 20 Februari 2026.

Melihat reka bentuk dan warna yang disiarkan dalam laman web rasmi Formula 1, Aston Martin kini nyata menampilkan AMR26 yang sedikit berlainan walaupun mengekalkan warna utama ikonik mereka iaitu hijau emerald.

Pada 2024 pasukan itu menamatkan musim tersebut di kedudukan ke-5 keseluruhan bagi kategori pengeluar namun hanya mampu berada di kedudukan ke-7 bagi musim 2025.

Pada 2024, Aston Martin ketika itu menjalinkan kerjasama bersama Mercedes dari sudut pembangunan enjin dan beberapa kali berjaya menyaksikan pemandu mereka menaiki podium.

Ketika itu Fernando Alonso menjadi pemandu utama mereka dan memberikan sumbangan terbesar mata buat pasukan itu

Topik Berkaitan

Must Watch Video