Skip to main content

Bola Sepak

FAM jelaskan kedudukan Peter Cklamovski, Nafuzi Zain

uj

Situasi semasa membabitkan skuad kebangsaan tampak beri bayangan bahawa era Peter Cklamovski bersama Harimau Malaya bakal berakhir meskipun Persatuan Bolasepak (FAM) menegaskan jurulatih dari Australia itu masih kekal sebagai pengendali skuad senior.

Perkembangan itu hadir selepas jurulatih B-23 negara, Nafuzi Zain, diberi tanggungjawab untuk mengemudi pasukan untuk Piala Hyundai ASEAN dan tiadanya aksi persahabatan antarabangsa membabitkan Harimau Malaya bulan ini.

Pemilihan Nafuzi disahkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, dengan menjelaskan Piala Hyundai ASEAN pada bulan depan akan dijadikan platform terbaik sebagai pendedahan buat pemain muda.

Ia menyaksikan skuad yang akan dibentuk nanti membabitkan gabungan pemain B-23 dan beberapa pemain senior bagi memastikan keseimbangan pasukan ketika kejohanan diadakan di luar kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Bulan depan kami akan aturkan lawan Laos dan Filipina.

"Nafuzi akan tentukan perancangannya," katanya.

Azman, bagaimanapun, menjelaskan tiada perubahan terhadap perancangan skuad senior berikutan Cklamovski akan terus membimbing Harimau Malaya dalam saingan Piala ASEAN FIFA yang julung kali diadakan September depan.

"Clkamovski akan ada pada minggu depan.

"Pasukan kebangsaan akan menghadapi Piala ASEAN FIFA di Jakarta pada September depan dan perlawanan persahabatan pada November," katanya.

Ini bukan kali pertama Nafuzi diberikan tugasan di luar skuad B-23 apabila jurulatih berusia 48 tahun itu turut mengendalikan skuad B-19 yang beraksi dalam Kejuaraan ASEAN B-19 di Medan, Indonesia.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

Must Watch Video