Belum ada perkembangan lanjut mengenai bekas teman wanitanya setakat ini.
Ia, selamanya akan menjadi detik yang takkan dilupakan oleh Ferran Torres.
Meskipun beraksi dengan hati yang terluka tetapi gol tunggalnya berjaya membawa Sepanyol merangkul kejuaraan Piala Dunia 2026, sekali gus merekodkan gelaran kedua negara itu dalam kejohanan paling berprestij itu sejak 1930.
Bintang Barcelona itu difahamkan putus cinta beberapa hari sebelum perlawanan akhir bertemu Argentina berlangsung.
🚨🇪🇸| 𝗡𝗘𝗪: A new mural of Ferran Torres created by urban artist Tvboy has been unveiled in central Barcelona.
The artwork pays tribute to the Barcelona forward’s extra-time winner against Argentina that sealed Spain’s 2026 World Cup triumph in New Jersey. pic.twitter.com/dwmWYEY9xo— CUPID FC (@CUPID_FC) July 21, 2026
Dia dan Martina Hunter dilaporkan tidak lagi mengikuti Instagram masing-masing dan mencetuskan spekulasi hangat dengan peminat menjangkakan prestasi Torres bakal tenggelam.
Namun, jaringan bersejarah itu memberi gambaran jelas penyerang tersebut tidak bergelut dengan drama di luar padang sebaliknya tetap menumpukan fokus sepenuhnya membantu pasukan.