Legenda bola sepak England, David Beckham, dilaporkan memperoleh pendapatan kira-kira RM104 juta hasil kempen pengiklanan sepanjang perlawanan Piala Dunia 2026.
Bekas bintang Manchester United itu juga menjadi wajah utama jenama minuman yang menaja segmen 'hydration break', iaitu hentian singkat yang diberikan kepada pemain untuk mendapatkan semula tenaga ketika cuaca panas.
Beckham muncul hampir setiap kali waktu rehat iklan apabila mempromosi pelbagai jenama terkenal.
Kontrak penajaan menjadikan Beckham selaku 'muka hadapan' setiap segmen, sekali gus mengumpul wang tunai lumayan hanya dengan berdiri dan menonton aksi sahaja.
Jelas, Piala Dunia kali ini menjadi lubuk produk untuk mengumpul pendapatan yang berbaloi.
The most successful thing David Beckham ever did wasn't football
When he signed with the LA Galaxy in 2007, his contract included a clause giving him the right to buy a future MLS expansion team for $25,000,000
MLS later offered to buy the clause back from him for $50,000,000.… pic.twitter.com/zgPoVPEEub— Michael Burry Stock Tracker ♟ (@burrytracker) July 20, 2026