Beregu lelaki negara, Amirul Daniel Abdul Rahim dan Mohammad Soufi Rusli, bangkit daripada kekecewaan tersingkir di separuh akhir apabila menghadiahkan pingat gangsa buat Malaysia di temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Gandingan negara mempamerkan semangat juang tinggi untuk menewaskan pasangan dari Kanada dalam aksi penentuan tempat ketiga, sekali gus menamatkan kempen dengan bergaya.
Dalam aksi penentuan pingat gangsa ini, wakil negara mempamer aksi memberangsangkan untuk menang set pertama 5-4.
Walaupun gandingan Kanada ini berjaya mendahului permainan 2-0 di set kedua, namun Soufi dan Amirul kekal fokus untuk pastikan mereka mendahului permainan 3-2 di end ketiga.
Kedudukan makin sengit di end terakhir, sebelum wakil negara ini pastikan kemenangan untuk mengesah pingat gangsa ketiga Malaysia buat kem boling padang.
Gangsa kelima Malaysia hari ini pula disumbangkan Jariah Zakaria dan Norazian Daud menerusi acara para pairs wanita B6-B8 sebaik keduanya menyingkirkan wakil tuan rumah, Scotland, 2-0.
Pencapaian itu menambah koleksi pingat kontinjen negara di Glasgow, sekali gus mengukuhkan lagi prestasi cemerlang Malaysia pada temasya Sukan Komanwel 2026.