Skip to main content

Badminton

Goh Jin Wei bukannya sakit, kata jurulatih

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

Ketua jurulatih badminton profesional, Nova Armada, menegaskan keputusan akhir buat Goh Jin Wei dalam Final Masters Thailand minggu lalu bukanlah seperti yang diharapkan.

Apa pun, ia tetap merupakan satu prestasi luar biasa yang ditampilkan oleh anak buahnya itu.

Advertisement

Jin Wei mengharungi aksi tiga set hingga peringkat separuh akhir, lantas Nova menjelaskan anak buahnya tidak mengalami kecederaan atau masalah kesihatan.

Anak buahnya itu sebaliknya mengalami keletihan melampau akibat komitmen fizikal yang terhad meskipun menjalani rawatan dan pemulihan secara berterusan, demi meneruskan perjuangan dalam setiap pusingan.

"Malam sebelum final, dia mengadu badannya sudah keras dan kaku.

"Sesudah melakukan fisioterapi tetapi mungkin kekurangan rehat, dia mengalami sedikit kekejangan otot.

"Kekalahannya disebabkan ketahanan fizikal, bukannya sihat," katanya.

Nova turut menegaskan tidak sepatutnya timbul sebarang pertikaian mengapa Jin Wei tidak mengalah sahaja kepada rakan senegara, Wong Ling Ching, dalam separuh akhir kerana sebagai atlet berpengalaman, Jin Wei masih mempunyai keinginan dan hak untuk bersaing di pentas tertinggi.

"Dia juga mahu menang. "Dia tidak mengalami kecederaan ketika berdepan Ling Ching, jadi dia teruskan beraksi.

"Tapi fizikalnya tidak berada 100 peratus, bukannya sakit.

"Dia mahu mencuba agar dapat tingkatkan ketahanannya dalam kejohanan seterusnya.

"Kalau dia sakit (dalam separuh akhir), lebih baik dia beri (laluan) kepada Ling Ching," katanya lagi.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video