Hari kedua Kejohanan Golf Amatur Selangor edisi ke-50 menyaksikan kehebatan Rizq Adam Rohizam, yang mendahului leaderboard selepas mencatat 135 pukulan terkumpul di Bukit Beruntung Golf and Country Club hari ini.
72 pukulan, 6 di bawah par, termasuk 6 birdie, yang dilakukan menjarakkan kedudukan Rizq Adam dengan pencabar di tempat kedua, Nathan Wong, selain Kall Danish di tempat ketiga.
Saingan wanita pula didahului Nur Batrisyia Balqis, yang unggul dengan 138 pukulan, 4 di bawah par.
Dia mencetak 4 birdie dengan hanya satu bogey pada lubang ketujuh.
Batrisya meninggalkan Wang Sin Yao dan Amelia Lee, yang masing-masing mengekori rapat di tempat kedua dan ketiga.