Skip to main content

Bola Sepak

Hampir cipta sejarah! Amerika Syarikat tidak benarkan Artan bertugas di Piala Dunia 2026

da

Amerika Syarikat menolak kemasukan pengadil bola sepak dari Somalia, Omar Abdulkadir Artan, yang terpilih bertugas sebagai pengadil dalam kempen Piala Dunia 2026.

Jurucakap Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)  menjelaskan Artan tidak akan dapat berlatih dan mengadili perlawanan Piala Dunia selepas dia tidak dibenarkan memasuki negara penganjur itu.

 

 

"FIFA tidak terlibat dalam proses imigresen negara tuan rumah termasuk penghakimam visa, dan telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa status Artan tidak akan berubah buat masa ini." kongsi jurucakap itu.

Artan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami dari Istanbul meskipun dia dijangkakan akan menjadi pengadil Somalia pertama yang mengadili perlawanan bola sepak paling berprestij di dunia itu. 

Malah, dia merupakan salah seorang daripada 52 pengadil yang dipilih sendiri oleh badan pentadbir dunia FIFA bagi mengadili kejoahan Piala Dunia tahun ini.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

Must Watch Video