Bakal bergelar ejen bebas dalam masa dua hari selepas kontraknya bersama FC Barcelona tamat, Robert Lewandowski kini bersedia untuk meninggalkan Eropah!
Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano, sebentar tadi melaporkan bahawa penyerang Poland itu akan menyertai Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) untuk bersama Chicago Fire.
Menurutnya, persetujuan penuh telah dicapai dan Lewandowski dijadualkan untuk menandatangani kontraknya dalam masa beberapa minggu ini.
Selepas perpindahan Antoine Griezmann ke Orlando, kehadiran Lewandowski menyaksikan kancah bola sepak Amerika Syarikat terus melonjak dengan kemasukan seorang lagi bintang besar Eropah pada musim panas ini.