Skip to main content

Badminton

Ini enam pemain bintang bakal tinggalkan Manchester United hujung musim ini?

UNITED

Selepas Casemiro disahkan akan meninggalkan Manchester United pada penghujung musim ini selepas kontraknya bersama kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berakhir.

Nama-nama seperti Mason Mount, Joshua Zirkzee, Rasmus Hojlund, Andre Onana, dan Manuel Ugarte Ketika ini menjadi sebutan berpotensi meninggalkan Manchester United musim depan.

Advertisement

Buat masa ini, Mason Mount bergelut dengan masalah kecederaan apabila terlepas enam perlawanan EPL, malah, Zirkzee dan Ugarte juga turut bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaiknya sejak ketibaannya pada 2024, malah Ugarte hanya memulakan perlawanan dalam tujuh aksi liga sahaja bagi saingan musim ini.

Sementara itu, dengan kehadiran Senne Lammens yang kerap membarisi kesebelasan Utama United, semestinya khidmat Andre Onana -40 penampilan di semua pertandingan musim lalu, dengan 53 gol bolos dan sembilan kali mencatatkan rekod tanpa bolos- yang dipinjamkan ke Trabzonspor kemungkinan tidak lagi diperlukan.

Malah, Hojlund yang dipinjam ke Napoli dengan Klausa kewajipan untuk membeli berpotensi akan ditandatangani secara tetap, dengan perkara itu disahkan Pengarah Sukan Napoli, Giovanni Manna, sebelum ini.

"Tiada keraguan. Rasmus Hojlund akan kekal di sini. Kami mempunyai kewajipan untuk membelinya daripada Man Utd sekiranya Napoli layak ke Liga Juara-Juara, namun dia tetap berada dalam perancangan kami tanpa mengira syarat ini,” kata Manna.

United yang berpeluang cerah beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim depan semestinya mahu dibarisi skuad yang lebih berkualiti.

 

Must Watch Video