Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tidak berselindung mengenai keterujaan mereka untuk kembali beraksi di hadapan penyokong sendiri menjelang saingan Perodua Malaysia Masters 2026 yang akan membuka tirai bermula 19 Mei depan.
Gandingan 'The Little Gangsters' itu akan turun selaku ranking keempat dunia dengan kedua-dua mereka mengakui sudah berada pada tahap terbaik tanpa sebarang isu kecederaan dan peluang beraksi di tanah air memberikan aura berbeza memandangkan mereka hanya berpeluang bertemu peminat tempatan hanya dua kali setahun.
Advertisement
Justeru, kehadiran penyokong menjadi tonik tambahan buat Tang Jie-Ee Wei mempamerkan persembahan bertenaga, dengan misi mahu membalas kepercayaan yang diberikan.
"Saya dan Tang Jie all-good, no injuries and dah ready untuk perform depan fans Malaysia yang ada peluang berjumpa dengan kita 1 tahun 2 kali je" -- Toh Ee Wei
Fans semua dah ready ke untuk Malaysia Masters 2026? Our champs dah tak sabar ni nak fight!@ASTROARENA pic.twitter.com/4axHoMdNZV— husnae (@husnazainudin_) May 6, 2026
"Sekarang saya rasa semua di landasan semula, bersyukur dalam kembali beraksi di hadapan penyokong Malaysia. Mereka boleh jumpa kami setahun dua kali, InsyaAllah dapat jumpa dua kali tahun ini, kami berharap dapat beri akan terbaik." Ee Wei.
"Kami persiapkan diri dengan mengikuti rancangan jurulatih, persiapan sama dan tiada perbezaan. Kami gembira dapat beraksi di laman sendiri setiap tahun." tambah Tang Jie kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.