Skip to main content

Triatlon

Ironman Desaru jana impak ekonomi hampir RM10 Juta, rekod penyertaan tertinggi kukuhkan status pelancongan sukan Johor

Ironman Desaru jana impak ekonomi hampir RM10 Juta, rekod penyertaan tertinggi kukuhkan status pelancongan sukan Johor

Penganjuran Ironman 70.3 Desaru Coast terus membuktikan statusnya sebagai antara acara pelancongan sukan paling berimpak di Malaysia apabila menjana kira-kira RM10 juta kepada ekonomi tempatan hasil kehadiran ribuan peserta dan penyokong dari dalam serta luar negara.

Menurut Pengarah Tourism Johor, Mohd Nazrul Abd Rahim, setiap peserta antarabangsa dianggarkan membelanjakan sekurang-kurangnya RM3,000 seorang, tidak termasuk perbelanjaan membeli-belah dan aktiviti pelancongan lain sepanjang berada di Johor.

Dia berkata, limpahan ekonomi itu turut dirasai sektor perhotelan apabila kebanyakan hotel di sekitar Desaru Coast dilaporkan penuh ditempah sepanjang tiga hari penganjuran kejohanan.

Nazrul menegaskan, kerajaan negeri akan terus memberi perhatian terhadap aspek kualiti penganjuran dan keselamatan peserta bagi memastikan Desaru kekal menjadi destinasi pilihan komuniti triatlon antarabangsa.

Sementara itu, Pengarah Ironman Asia, CG Lim, mengakui proses menyusun semula tarikh penganjuran sebelum ini bukan sesuatu yang mudah.

Namun, beliau berkata kerjasama erat antara penganjur dan Kerajaan Negeri Johor membolehkan segala cabaran diatasi dengan baik sehingga edisi kali ini berjaya mencatat jumlah penyertaan tertinggi dalam sejarah penganjurannya.

Menurutnya, faktor cuaca yang lebih baik berbanding edisi tahun lalu turut membantu melancarkan perjalanan perlumbaan dan memberikan pengalaman lebih selesa kepada para peserta.

Berikutan sambutan memberangsangkan itu, pihak penganjur kini meletakkan sasaran lebih besar bagi edisi akan datang dengan merancang untuk meningkatkan lagi jumlah penyertaan, sekali gus mengukuhkan kedudukan Desaru Coast sebagai antara destinasi utama pelancongan sukan dan triatlon di rantau Asia.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video