Skip to main content

E-Sukan

Isu bintang Selangor Red Giants digantung: Dua pihak berdamai

MPL

Kekalkan tahap profesional dalam sukan mahupun e-sukan.

Kemas kini mengenai isu  penggantungan bintang Selangor Red Giants (SRG), Mark Rusiana, ekoran pelanggaran serius dalam buku peraturan rasmi Liga Profesional Mobile Legend (MPLMY) akhirnya menemui titik noktah selepas mengadakan perbincangan antara dua pihak.

Advertisement

Satu pertemuan diadakan antara Kramm dan Muhammad Al-Amin Zamri atau dikenali sebagai YE3 bagi mencapai keharmonian, sekali gus mengekalkan semangat kesukanan menjaga ekosistem Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Kramm digantung selama tujuh perlawanan berkuat kuasa serta merta.

Siaran media itu menjelaskan pemenang liga domestik itu telah menghantar mesej difahamkan berbaur ugutan kepada seorang atlet e-sukan MPLMY, namun tidak didedahkan bentuk mesej tersebut.

Dalam satu hantaran di Threads, Kramm mengakui kesilapan tersebut dan akan memperbaiki kesilapan pada masa akan datang.

"Saya minta maaf atas kejadian ini.

"Saya ambil ini sebagai pengajaran dan akan berusaha menjadi lebih baik selepas ini," katanya.

Atlet kelahiran Filipina itu turut menyeru agar orang ramai menghentikan serangan buli siber terhadap YE3 kerana telah menjejaskan keluarga dan meruntuhkan moral pemain.

"Saya menghargai usaha SRG dan Kramm untuk berkomunikasi dan mengambil tanggungjawab ini secara profesional.

"Kes ini dijangka akan ditutupdan saya tidak akan mengambil tindakan selanjutnya untuk mengelak situasi ini berpanjangan," kata YE3.

Must Watch Video