Promosi seni bela diri global, ONE Championship, mengumumkan bahawa pihaknya sedang bersiap sedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas juara dunia Muay Thai flyweight, Rodtang Jitmuangnon, susulan dakwaan pelanggaran kontrak.
Perkembangan itu disahkan menerusi platform rasmi ONE Championship memaklumkan bahawa proses perundangan telah pun dimulakan di tiga negara iaitu Singapura, Jepun dan Thailand.
Advertisement
Dalam kenyataan rasmi, ONE menegaskan komitmen mereka terhadap ketelusan kepada peminat, atlet serta rakan strategik, sambil menjelaskan tindakan itu diambil selepas berlakunya beberapa pelanggaran perjanjian kontrak.
Katanya, tindakan undang-undang tersebut berpunca daripada kegagalan Rodtang memenuhi komitmen kontraknya, selain kebimbangan terhadap kenyataan atau maklumat yang berpotensi menimbulkan salah faham atau dianggap berunsur fitnah.
ONE turut menegaskan bahawa mereka mengamalkan dasar tegas berkaitan integriti kontrak dan sebelum ini telah cuba menyelesaikan isu tersebut secara baik. Namun, selepas beberapa kali kegagalan memenuhi tanggungjawab yang dipersetujui, organisasi itu memilih untuk mengambil langkah lebih tegas bagi melindungi kepentingan semua pihak dalam ekosistem mereka.
WTF is going on!!!!🤯😲
ONE Championship just released the following statement on their social media platforms explaining that they are proceeding with legal action against Rodtang for breech of contact 😳
Here is what they had to say:
“ONE Championship Statement
ONE… pic.twitter.com/7tSI4Aakfc— EsrMuayThai (@esrmuaythai) April 14, 2026
Siasatan dan semakan undang-undang kini sedang dijalankan, dengan ONE bekerjasama rapat bersama pihak berkuasa di ketiga-tiga negara terlibat sepanjang proses tersebut berlangsung.
Terdahulu, Rodtang — yang dikenali sebagai antara legenda petarung Thailand menjelaskan di media sosial bahawa beliau merancang untuk hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah di Bangkok pada 14 April serta berdepan pihak media.
Bagaimanapun, sesi tersebut kemudiannya ditangguhkan. Rodtang turut menjelaskan bahawa rundingan telah dimulakan dan dia akan memanggil semula sidang media sekiranya perbincangan antara kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat.
Petarung sensasi Thailand itu, yang membina nama di pentas antarabangsa bersama ONE Championship menerusi gaya bertarung agresif dan daya tahan tinggi, kini berdepan fasa mencabar dalam kariernya ketika isu perundangan ini semakin meruncing.
Rodtang dijadualkan melawan Takeru Segawa dalam perlawanan ulangan (pertembungan terakhir menyaksikan Rodtang menang pada tahun lalu) yang sangat dinanti-nantikan untuk merebut gelaran ONE Interim Flyweight Kickboxing pada 29 April 2026, di ONE Samurai 1 di Tokyo, Jepun.