Mohamad Faris Azri turut mengukir sejarah apabila berjaya merangkul kejuaraan bersama jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, dalam kategori beregu lelaki SU5 (kecacatan fizikal) dalam Kejohanan Badminton Para Dunia di Bahrain baru-baru ini.
Ia, sekali gus membuktikan pemilihannya menggantikan Fareez Anuar adalah pilihan tepat.
Advertisement
Dia menyifatkan momen kemenangan tersebut umpama mimpi dalam mimpi kerana sepanjang hidupnya tidak pernah menjangkakan akan berdepan detik seindah ini.
"Pada permulaan agak kurang selesa. Cheah Liek Hou nama besar.
"Tetapi, dia banyak membantu walaupun tekanan besar.
"Kami semakin serasi beraksi bersama," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.